Thursday, June 23, 2011

Tengok Wayang!

Dah jadi perkara biasa bwat penduduk kotaraya Kuala Lumpur ni tgk wayang waktu2 hujung minggu, malah x terkejut pun kalau setiap hari diorang tgk. Berbanding dgn beberapa tahun dahulu,wayang ni memang susah nak cari. Memang limited edition ntok beberapa tempat saje dan memang konfemlah xde kat area rumah aq sbb aq tinggal kat area Kepong, kat hulu kl tu..Lecturer aq cerita zaman2 dulu wayang lagilah susah nak jumpa! Ada pun x terurus macam sekarang, diorang citer dulu kat dalam wayang orang slamber je hisap rokok dalam tu, sampah merata2, pastu air-cond pun xde..berbanding zaman skarang yang lebih kemas dan konsisten.

Sebelum zaman2 aq kenal wayang ni memang aq langsung x tau wayang ni tempat apa,kalau nak tgk movie pun just tgk kat iklan paper apa movie yang latest pastu cari cd cetak rompak pasar malam. Masa kecik2 memang aq x terdedah langsung dgn wayang2 ni..Pertama sebab kawasan rumah aq kat KL ni xde wayang,paling dekat pun kena naik 2 bas. Dan yang kedua sbb masa kecik2 famili aq berpindah ke Kulim,Kedah. Tinggal kat kampung plak tu so memang harapan jelah nak jumpa wayang kat situ.Tapi aq langsung x pernah kisah pun sebab memang aq xtau pun wayang tu tempat apa. Hinggalah aqberpindah kembali ke KL, time tu aq dah darjah 6. Masa lepas abes UPSR tu kakak aq ajak aq tgk wayang kat Selayang Capitol,jauh,kene naek 2-3 bas jugaklah. Aq ngan adik2 aq terpinga2 tanya wayang tu macam mana? macam mana nak tgk dia? Kakak aq pun citer r macam2 pasal wayang ni. Pergh! aq ngan adik2 aq memang teruja abes! Kakak aq suruh siap2 sbb esk dah nak pegi. Time tu kat wayang kitorang nak tgk citer The Incredibles. Tapi serius aq langsung x exited pasal citer tu, yang aq exited
adalah pasal wayang tu! Malam tu aq tido lambat sebab exited sgt2 pasal esk hari. Bau manis popcorn dan kakitangan pawagam yang ber'ribbon adalah benda still fresh lagi dlam otak aq bila
teringat 1st time pegi tgk wayang ni. Bila balek rumah aq jadi exited sangat2! Aq berlagak kat kawan2 aq wlaupun diorang dah pegi bnyak kali dah (haha cam bangang). Pastu aq suka lukis panggung wayang, aq amek pensel ngan kertas pastu lukis popcorn la, kerusi2 wayang, skrin besar wayang,, smuanya aq lukis la hahaha! Ni dah over exited sgt ni! maklumlah baru 1st time pegi...






The Incredibles! movie pertama yg aq tgk kat wayang.


Tahun 2008 adalah tahun yang paling bnyk aq tgk wayang! Nak tau knapa? Sbb ada wayang baru bukak dekat ngan skolah aq! haha! boleh dikatakn setiap hari rabu je mesti aq tgk punye ah! maklumlah hari rabu jer tiket murah...cakap jer citer 2008 yang apa yg aq x tgk agy kt wayang? bnyak giler!! antara yg aq ingat Hancock, Iron Man, Twilight, Dark Knight, Hellboy, Hulk, Quantum of Solace, Narnia, Dead Race, The Mummy, A Journey to the Center of the Earth, dan macam2 lagilah!dan yang kelakarnya kebanyakannya aq tgk dalam keadaan berbaju sekolah! bukan aq ponteng skolah,tapi tgk masa balek r..

Kesimpulannya aq memang suka tgk wayang, rasa2nya wayang la yang paling best bagi aq berbanding aktiviti2 berhibur laen cam koraoke, boling, dan ice skating. Pengalaman tengok wayang ni bagi aq amat berbeza berbanding tgk movie kat tv atau laptop. Xtau nak jelaskan camner..Ala,,korang pun tgk wayang gak kan? pepaham ler~

p/s: citer toy story3 adalah citer prtama yg bwat
aq ngalir air mata kt wayang , huh tah hape2! huhu

Wednesday, June 15, 2011

Memori Junkfood!


Rupa aq masa balek kedai kecik2 dulu haha!



Aq ingat lagi masa kecik2 dulu,junkfood ngan aq mmg xleh dipisahkan.Cam kanak2 yang laen,aq mmg sukakan benda manis2. Ais krim,Apollo,Keropok,Gula-gula memang semuanya aq bantai. Malah kalo bleh time tu aq x payah makan nasi pun xper, makan kropok pun dah boleh hidup. Time tu aq slalu terpikir kenapa orang dewasa cam parent aq yang bekerja banyak duit tapi x beli junkfood, x sedap ke? Kalau kat sekolah rendah dulu aq sanggup berlapar masa rehat asalkan masa balek nnti dapat singgah kedai runcit 'Impian Satu' dan beli segala macam junkfood yang aq nak sbb kat skolah xde jual,, Junkfood yang slalu aq beli kat kedai tu biasanya aiskrim pop, kropok Mamee,Super ring, sumi2, dan gula2.Kalau ada duet lbeh skit baru la bleh merasa aiskrim Paddle pop, Mat kool, Nini coklat celup, n gula2 Nano.Yang kelakarnya aq sanggup bwak basikal perlahan2 masa balek rumah supaya junkfood tu dapat dihabiskan sbelum sampai rumah,sbb takut nnti adek-bradek mintak,hahaha~! malah kalo x sempat habes jugak aq sanggup berhentikan basikal kat mana2 n makan sampai habes.hahaha kedekut btol aq time tu!

Macam biasa la mak bapak siapa kasi anak2 diorang makan junkfood.Dulu aq memang takut makan junkfood depan ayah aq,so kalau beli aq akan sorok dalam baju pastu jalan masuk bilik macam xde apa2. Pernah skali tu masa darjah 4 x silap aq memang kepingin sangat2 nak beli kapal terbang keping2 yang d'buat drpada polisterin tu. Harga benda tu 80 sen je,tp time tu aq mmg xde duet. So aq korek tabung ntok dapat duet tu,, aq korek senyap2 je takut ayah aq terdengar bunyi 'keching2' syiling tu. Lepas berjaya dapat duet tu senyap2 aq pergi kedai naek basikal. Pergh! gembira bkan kepalang lepas dapat beli mainan kapal terbang tuh! Masa sampai kat rumah aq gunakan teknik yang sama ntok sorok mainan tu iaitu letak dalam baju! Tapi...kantoi da,,,~ ayah aq tunggu aq depan ruang tamu...dia tanya aq beli apa tadi,terpaksa la keluarkan..hahaha! Dia cakap dia terdengar aq korek tabung tadi,tu yang boleh dia tau tu,,Tapi yang bestnya dia x marah pun,dia gosok2 kpala aq dan cakap kalo nak
duit mintak la kat dia, jangan2 korek2 tabung lagi, hahaha! Kan dah kantoi! Biasanya aq bwat teknik camni ntok sorok kropok, aiskrim,gula2 tak kantoi lak! uish2,,
Tapi tu smua dulu,,Masalahnya skarang kenapa aq dah x ada selera kat junkfood? Serius! kropok2 ,gula2 dan aiskrim smua tu aq dah x berminat..skarang kalau boring2 pun aq just mngidam nak makan bnda2 cam buah-buahan, ubi rebus,kekacang, krabu, n nasik2. Aq try gak beli kropok apa2 kalau lapar tapi aq langsung x dapat abeskan, makan baru segenggam dah bosan. Kalau beli aiskrim baru jilat skit2 pegang je sampai cair pastu buang. Iklan2 coklat Cadburry ke, Kinder bueno ke, Forever rocher ke, kropok Twisties ke, smua tu langsung x menggairahkan aq...bukan aq tak suka! aq tau benda2 tu sedap tapi tah la knapa cam dah xde feeling cam dulu dah,,kalau makan pun camtu2 je,dah x exited cam kecik2 dulu. Skarang junkfood yang paling2 aq suka pun air Coke ngan Potato Chips..knapa jadi camni ya? Aq still rindukan macam mana exitednya aq kat junkfood ni masa kecik2 dulu. Skrang kalo nampk junkfood aq just tersenyum sendirian je, teringatkan memori kecik2 dulu..