Monday, October 24, 2011

Watch!


Adalah normal bagi seseorang pakai jam tangan. Biasa la tu bangun pagi lepas mandi pakai jam pastu masa nak tido tu tanggalkan r balek, penting nak check masa kan.. Termasuk la aq. Malah bagi aq jam tangan ni sangat2 r penting! Ntok pengetahuan aq pkai jam x pernah bukak. Tak kira la time tido ke, mandi ke, berwuduk ke, 24jam aq pakai. Kadang2 lepas 2 atau 3 bulan baru la teringat nak bukak jap. Camtu la aq rasa bertapa pentingnya jam tangan ni. Bukanlah aq ni seorang yang mementing dan menepati masa sangat..selalu jer aq terlewat ntok apa2 benda. Cuma dah biasa sangat aq tgk jam. Dah macam tindakan refleks ntok aq angkat tangan dan tgk jam walaupun aq xlah nak tau sangat pukul brapa time tu. Serius! aq akan jadi sedikit panik kalau aq xtau pkol brapa masa. Jadi aq akan sentiasa pastikan jam tgn ni melekat dgn aq,dan rasanya memang sampai tua bangka pun aq akan pakai jam tangan!

Sbenarnya aq memang pakai jam tangan sejak dari tadika lagi. Tapi time tu aq pakai x serius sangat. Biasa la budak2..mana la tau tgk masa..mak ayah la yang manage masa kita..lagipun mana aq reti tgk jam time tu. Aq ingat lagi jam tangan pertama yang aq pkai adalah jam tangan yang ada wallpaper Titanic kat belakang dia. Sebab x silap aq memang citer Titanic tgh top-meletop time tu. Jam tu sbenarnya kakak aq punya, aq curi2 pakai je pastu bawak pegi kat tadika menunjuk kat kawan2 hahaha! poyo je! dah la jam jarum,macam la tau nak tgk!! Sampai la darjah dua baru la ayah aq serius ntok pakaikan aq jam. Dia belikan aq jam tangan digit Casio kaler hitam. Jam tu nampak dewasa gila, nampak x sesuai ntok budak2 8 tahun! Ayah aq cakap kalau pakai jam tu jangan bukak dah! Bila aq pegi skolah smua kawan2 aq cakap ''fuyohh jam orang besaq!!'' sebab member sebaya aq yang laen semua pakai jam tangan budak2 yang ada gambar pokemon yang ada penutup tu! beli kat mana lagi kalau bukan tikam kapsul! hahah!
jam prtama yg ayah aq belikan masa drjah 2. kiut!
Ni yg paling latest tgh pkai skang. hehe firstime pakai yg besi2 pnya!

Biasanya jam tangan aq yang aq pakai cuma bertukar lepas 2 atau tiga tahun shaja. Selalunya cuma sebab talinya terputus dan terus hilang. So time camtu la aq report kat ayah aq ntok belikan yang baru. Tapi serius cakap, memang seksa gila bila xde jam kat tangan! rasa cam salah satu part dari badan aq x cukup! Aq akan rasa panik tak tentu pasal. Bila ayah aq dah belikan yang baru la rasa lega balik...Stakat 19 tahun aq hidup ni aq rasa baru je bertukar jam beberapa kali, sebab memang just aq tukar jam kalau rosak ataupun hilang, itupun ambik masa slama 1 atau 2 tahun ntok berlaku. Yang paling latest aq pakai skang adalah jam tangan Casio full besi kaler perak, ayah aq belikan masa jam aq hilang bulan Julai aritu heheh, x cantik mana pun jam ni tapi asalkan berfungsi.Aq pun xtau knapa ayah aq dari dulu cuma belikan cap Casio,,tapi x kisah pun sebab mmg dari kecik aq pakai jenama ni. Memang tahan lama.
Kekadang aq selalu terpikir camne orang laen boleh je lalui kehidupan seharian tanpa jam tangan? X segan ke asyik bertanya masa kat orang lain? Ada duit bleh beli macam2 tapi jam tangan x mahu plak beli. Memang lah dah ada jam kat handphone tapi kan lagi mudah kalau jam ni memang dah melekat kat tangan, so kalau nak tengok just angkat sedikit jer tangan ntok halakan kat mata. Simple..















alamak lupa nak pakai.. lol :))