Tuesday, November 1, 2011

Mulut berbau~

Tadi lepas basuh pinggan2 kat dapur td x prasan lak ada nasik basi trlekat kat tgan, busuk.Teringat masa zaman kanak2 rebena dulu. Datang sekolah bau mulut kawan2 aq macam nasi basi! Gigi dah la rongak, pastu taik gigi lak dah cam sapu mentega berlapis2 kat gigi. Bau mulut dia lak xyah citer r... Tapi rasanya biasa r tu, time tu kan kanak2 lagi. Gigi kapak pun x tumbuh lagi so xde la aq nak samakan diorang ngan nasi basi.. gurau2 :)
Alhamdulillah bila dah besar ni jarang aq tengok orang yang gigi berongak cam kecik2 dulu.Bau mulut busuk pun memang dah jarang sangat aq jumpa. Semua pun dah pandai jaga diri masing2. Tapi normal r kalau orang tu dah r baru bangun tido pastu kita lak nak buat sembang2 ngan dia, memang busuk abes r.. Tapi dah nama pun baru bangun tido kan, bleh terima jer r sebab aq pun x terlepas gak... Malang sekali kita memang x boleh nak perasan dengan sendiri samada mulut kita sedang berbau atau x. Biasanya aq pegi kelas waktu pagi, memang x sempat nak breakfast apa2..sempat gosok gigi jer. Pastu bila dalam kelas kalau air liur aq terasa likat semacam jer aq mula panik sebab terasa cam mulut aq tengah busuk walaupun aq x pasti samada berbau atau x. Kawan2 lak jangan harap r diorang nak kasitau sebab nak jaga hati kan.. Biasanya klau keadaan camni aq just akan berdiam diri jer, x banyak bercakap sangat. Kalau terpaksa sangat aq akan kunyuh kertas cam gula2 getah! ni semua sebab aq memang takut sangat kalau orang cakap mulut aq busuk! Menyirap aq klau aq tengah sedap2 je tido pastu ada member aq main redah jer masuk bilik pastu kejutkan aq ntuk bwat sembang. Hah padan r muka kau! bau jer r mulut aq! Kot la nak kasi aq pegi bilik air jap nak gosok gigi..

Ha! camne lak kalau salesman atau promoter tu bermulut busuk!? Mesti la rasa semacam sebab tugas diorang adalah untuk mnjual atau memperkenalkan produk diorang secara lisan, kena jumpa orang dan banyak bercakap. Ergh, shit! Aq ada satu pengalaman brjumpa ngan salesman yg mulut berbau!

Suatu hari tu member aq ajak teman dia pegi Jusco kat Kepong, aq memang free sangat2 time tu. Aq pun ikot jela walaupun sedar poket bukannya berduit sgt pun. Sekadar nak cuci mata je.. Masa dah sampai kat sana member aq suruh aq tunggu kat kerusi kat satu sudut ni sebab dia nak cucuk duet kt ATM. Orang berbaris kat ATM tu memang pnjang! so memang aq paham sgt la knapa member aq suruh aq tunggu kat laen dulu.. Tiba2 ada pulak lengchai
salesman mana tah datang mnghampiri aq! Dia betul2 duduk kat sebelah aq, aq x bleh nak lari mana2 sebab aq berseorangan jer time tu. Salesmen tu mula r promote broadband kt aq..Masyaallah! mulut dia..bau cam x penah gosok gigi 10 tahun!harapkan baju je segak. Tersentak aq! agaknya dia telan sampah dulu kot sebelum pegi keja..sbb serius! aq cam x caya tu bau mulut! bongok sial!! Memula tu aq sabar jela..bwat2 pndang kat tempat laen pastu sedut nafas dan tahan masa pandang dia jap. Aq langsung x fokus kat apa yang dia ckp sbb bau tu kuat sgt! Tapi dia cakap tu lama sangat ..sori r lengchai..muntah hijau kat tengkuk aq ni dah x boleh trtanggung lagi, peluh kat badan lak dah xleh mnampung lagi bergelen2..last2 aq trus blah camtu jer time dia tgh cakap tu...Dia trpinga2. Sori! harap ada org laen tegur dia lepas tu! Petang tu aq tak dapat abeskan nasi sebab tringatkan peristiwa tu!:((

Monday, October 24, 2011

Watch!


Adalah normal bagi seseorang pakai jam tangan. Biasa la tu bangun pagi lepas mandi pakai jam pastu masa nak tido tu tanggalkan r balek, penting nak check masa kan.. Termasuk la aq. Malah bagi aq jam tangan ni sangat2 r penting! Ntok pengetahuan aq pkai jam x pernah bukak. Tak kira la time tido ke, mandi ke, berwuduk ke, 24jam aq pakai. Kadang2 lepas 2 atau 3 bulan baru la teringat nak bukak jap. Camtu la aq rasa bertapa pentingnya jam tangan ni. Bukanlah aq ni seorang yang mementing dan menepati masa sangat..selalu jer aq terlewat ntok apa2 benda. Cuma dah biasa sangat aq tgk jam. Dah macam tindakan refleks ntok aq angkat tangan dan tgk jam walaupun aq xlah nak tau sangat pukul brapa time tu. Serius! aq akan jadi sedikit panik kalau aq xtau pkol brapa masa. Jadi aq akan sentiasa pastikan jam tgn ni melekat dgn aq,dan rasanya memang sampai tua bangka pun aq akan pakai jam tangan!

Sbenarnya aq memang pakai jam tangan sejak dari tadika lagi. Tapi time tu aq pakai x serius sangat. Biasa la budak2..mana la tau tgk masa..mak ayah la yang manage masa kita..lagipun mana aq reti tgk jam time tu. Aq ingat lagi jam tangan pertama yang aq pkai adalah jam tangan yang ada wallpaper Titanic kat belakang dia. Sebab x silap aq memang citer Titanic tgh top-meletop time tu. Jam tu sbenarnya kakak aq punya, aq curi2 pakai je pastu bawak pegi kat tadika menunjuk kat kawan2 hahaha! poyo je! dah la jam jarum,macam la tau nak tgk!! Sampai la darjah dua baru la ayah aq serius ntok pakaikan aq jam. Dia belikan aq jam tangan digit Casio kaler hitam. Jam tu nampak dewasa gila, nampak x sesuai ntok budak2 8 tahun! Ayah aq cakap kalau pakai jam tu jangan bukak dah! Bila aq pegi skolah smua kawan2 aq cakap ''fuyohh jam orang besaq!!'' sebab member sebaya aq yang laen semua pakai jam tangan budak2 yang ada gambar pokemon yang ada penutup tu! beli kat mana lagi kalau bukan tikam kapsul! hahah!
jam prtama yg ayah aq belikan masa drjah 2. kiut!
Ni yg paling latest tgh pkai skang. hehe firstime pakai yg besi2 pnya!

Biasanya jam tangan aq yang aq pakai cuma bertukar lepas 2 atau tiga tahun shaja. Selalunya cuma sebab talinya terputus dan terus hilang. So time camtu la aq report kat ayah aq ntok belikan yang baru. Tapi serius cakap, memang seksa gila bila xde jam kat tangan! rasa cam salah satu part dari badan aq x cukup! Aq akan rasa panik tak tentu pasal. Bila ayah aq dah belikan yang baru la rasa lega balik...Stakat 19 tahun aq hidup ni aq rasa baru je bertukar jam beberapa kali, sebab memang just aq tukar jam kalau rosak ataupun hilang, itupun ambik masa slama 1 atau 2 tahun ntok berlaku. Yang paling latest aq pakai skang adalah jam tangan Casio full besi kaler perak, ayah aq belikan masa jam aq hilang bulan Julai aritu heheh, x cantik mana pun jam ni tapi asalkan berfungsi.Aq pun xtau knapa ayah aq dari dulu cuma belikan cap Casio,,tapi x kisah pun sebab mmg dari kecik aq pakai jenama ni. Memang tahan lama.
Kekadang aq selalu terpikir camne orang laen boleh je lalui kehidupan seharian tanpa jam tangan? X segan ke asyik bertanya masa kat orang lain? Ada duit bleh beli macam2 tapi jam tangan x mahu plak beli. Memang lah dah ada jam kat handphone tapi kan lagi mudah kalau jam ni memang dah melekat kat tangan, so kalau nak tengok just angkat sedikit jer tangan ntok halakan kat mata. Simple..















alamak lupa nak pakai.. lol :))

Saturday, July 2, 2011

Naek apa?


Sejak kecik lagi aq dah dilatih mak ayah aq ntok berdikari
sendiri. Start darjah satu lagi aq dah siapkan kelngkapan
sekolah aq sendiri. Bsuh baju sendiri,iron baju sendiri,
susun buku sekolah sndiri, Tapi aq langsung x kisah pun,
aq paham parent aq pun bekerja start dari pagi sampi petang,
kerja ngan kerajaan kan..so x baik ganggu diorang,asalkan
sebelum pergi sekolah aq sempat cium tangan diorang dan
dapat duit saku sudah memadai.

Smua ni termasuk la cara aq nak g skolah masa kecik2 dulu.
Sejak darjah dua lagi aq dah pegi sekolah naik basikal. Darjah
satu pun sama jugak tapi time tu aq dok kat passangger seat
basikal kakak aq jer.. Masa darjah dua ayah aq belikan
basikal yang ada raga kt depan tu, dan d'sebabkn aq pendek ayah
aq trun kat seat basikal smpai paras paling bawah. Fuh
nmpak aneh gila haha! Best naek basikal ni! Aq ingat lagi suasana
tenang berkabus masa nak pegi sekolah pagi2 tu..memang
fresh gila! Batch aq masa tu x ramai pun yang naek basikal sebab
rasanya lingkungan 8 tahun camtu parent diorang yang hantarkan
pegi skolah,so biasanya aq pegi skolah sorang2 je. Aq pun x ingat
knapa aq x tmpang ngan ayah aq naik kreta ntok g skolah sdangkan
masa dan prjalanan kitorang sehala jer. Basikal ni mmg dah jadi
pengangkutan aq sjak darjah 1 sampai darjah 5 sebelum aq kembali
berpindah ke KL. Aq pun dah x ingat berapa kali aq bertukar beli
basikal baru slama 5 tahun tu. Memang kerap! kejap rosak lah,
kejap kena curi lah, kejap buruk sgt lah,,so dah mcm2 jenis basikal
dah aq merasa.. Disebabkan rumah dan skolah aq agak jauh,
so memang x dpt dinafikan aq memang nampak selekeh gila
masa kat skolah..yela berpeloh2 kot mengayuh basikal ni uhuk~
masa beratur sbelum masuk kelas kwan2 aq yang laen smua still
nmpk segar bru lepas mndi dan barbau harum bedak johnson baby,
yang aq lak 'fresh' baru mandi peluh jer. Macam2 pengalaman aq
dpat time tu..basikal pancit dan rantai putus tgh jalan tu biasa sgt..
aq trpaksatinggalkan basikal tu kat mana2 tempat selamat dan
jlan kaki jer g skolah..bila blek rupa aq dah mcm udang panggang
sebab terik sangat!

Masa aq kembali berpindah ke KL aq pun x tau knapa aq tiba2 jadi
mengada2.. Aq bgtau ayah aq, aq tkut nak naek basikal kt KL ni sbb
x biasa dgn jlan kat sini,bahaya n bnyak kreta. Sdangkan aq boleh
jer... Last2 ayah aq daftarkan aq ntok perkidmatan bas sekolah.
Yaey! aq gembira gila! Rasa cam kat tv lak pegi-balek naek
bas skolah ni. Sampai form 2 pun aq still naek bas skolah! nmpak
manja gila sdangkan masa bersekolah rendah aq boleh jer redah
hujan, panas, ribut dgn berbasikal sejauh berbatu2 nak g skolah.
Malang sesangat masa pertengahan form 2 tu aq bwat perkara
yang amat2 bodoh! duit yuran bas sekolah yang ayah aq kasi tu aq
pegi amek bwat belanja masa rehat. Bila duit tu dah abes tokey bas
mintak yuran kt aq, aq terkebil2.. Aq x berani nak explain kt ayah
aq yg aq pkai duit yuran tu ntok bnda laen so last2 aq ckp kat
ayah aq yg aq kmbali nak naek basikal g skolah. So kembalilah
aq jadi budak hingusan..sampai sekolah cam baru terjun
kolam sbb badan basah berpeloh! badan lak berbau masam.haha!

Disebabkan aq keadaan2 tertentu, start form 3 aq jadi 'manja'
balek. Aq pegi skolah ngan mak aq naek kreta. Fuh serius
rasa cam nak tido je dlam kreta sbb dah la gerak pagi pastu
dlam kreta tu lak slesa nk mampus. Tapi time balek tu aq
balek sndiri r naek bas, lemak r orang nak jemput jer!
So sampai la form 5 aq bwat camni...

p/s: aq dpt idea ntok entry ni lepas tgk
trend org skrang naek basikal fixie.
eerrk~!! aq nak jugek!

Thursday, June 23, 2011

Tengok Wayang!

Dah jadi perkara biasa bwat penduduk kotaraya Kuala Lumpur ni tgk wayang waktu2 hujung minggu, malah x terkejut pun kalau setiap hari diorang tgk. Berbanding dgn beberapa tahun dahulu,wayang ni memang susah nak cari. Memang limited edition ntok beberapa tempat saje dan memang konfemlah xde kat area rumah aq sbb aq tinggal kat area Kepong, kat hulu kl tu..Lecturer aq cerita zaman2 dulu wayang lagilah susah nak jumpa! Ada pun x terurus macam sekarang, diorang citer dulu kat dalam wayang orang slamber je hisap rokok dalam tu, sampah merata2, pastu air-cond pun xde..berbanding zaman skarang yang lebih kemas dan konsisten.

Sebelum zaman2 aq kenal wayang ni memang aq langsung x tau wayang ni tempat apa,kalau nak tgk movie pun just tgk kat iklan paper apa movie yang latest pastu cari cd cetak rompak pasar malam. Masa kecik2 memang aq x terdedah langsung dgn wayang2 ni..Pertama sebab kawasan rumah aq kat KL ni xde wayang,paling dekat pun kena naik 2 bas. Dan yang kedua sbb masa kecik2 famili aq berpindah ke Kulim,Kedah. Tinggal kat kampung plak tu so memang harapan jelah nak jumpa wayang kat situ.Tapi aq langsung x pernah kisah pun sebab memang aq xtau pun wayang tu tempat apa. Hinggalah aqberpindah kembali ke KL, time tu aq dah darjah 6. Masa lepas abes UPSR tu kakak aq ajak aq tgk wayang kat Selayang Capitol,jauh,kene naek 2-3 bas jugaklah. Aq ngan adik2 aq terpinga2 tanya wayang tu macam mana? macam mana nak tgk dia? Kakak aq pun citer r macam2 pasal wayang ni. Pergh! aq ngan adik2 aq memang teruja abes! Kakak aq suruh siap2 sbb esk dah nak pegi. Time tu kat wayang kitorang nak tgk citer The Incredibles. Tapi serius aq langsung x exited pasal citer tu, yang aq exited
adalah pasal wayang tu! Malam tu aq tido lambat sebab exited sgt2 pasal esk hari. Bau manis popcorn dan kakitangan pawagam yang ber'ribbon adalah benda still fresh lagi dlam otak aq bila
teringat 1st time pegi tgk wayang ni. Bila balek rumah aq jadi exited sangat2! Aq berlagak kat kawan2 aq wlaupun diorang dah pegi bnyak kali dah (haha cam bangang). Pastu aq suka lukis panggung wayang, aq amek pensel ngan kertas pastu lukis popcorn la, kerusi2 wayang, skrin besar wayang,, smuanya aq lukis la hahaha! Ni dah over exited sgt ni! maklumlah baru 1st time pegi...






The Incredibles! movie pertama yg aq tgk kat wayang.


Tahun 2008 adalah tahun yang paling bnyk aq tgk wayang! Nak tau knapa? Sbb ada wayang baru bukak dekat ngan skolah aq! haha! boleh dikatakn setiap hari rabu je mesti aq tgk punye ah! maklumlah hari rabu jer tiket murah...cakap jer citer 2008 yang apa yg aq x tgk agy kt wayang? bnyak giler!! antara yg aq ingat Hancock, Iron Man, Twilight, Dark Knight, Hellboy, Hulk, Quantum of Solace, Narnia, Dead Race, The Mummy, A Journey to the Center of the Earth, dan macam2 lagilah!dan yang kelakarnya kebanyakannya aq tgk dalam keadaan berbaju sekolah! bukan aq ponteng skolah,tapi tgk masa balek r..

Kesimpulannya aq memang suka tgk wayang, rasa2nya wayang la yang paling best bagi aq berbanding aktiviti2 berhibur laen cam koraoke, boling, dan ice skating. Pengalaman tengok wayang ni bagi aq amat berbeza berbanding tgk movie kat tv atau laptop. Xtau nak jelaskan camner..Ala,,korang pun tgk wayang gak kan? pepaham ler~

p/s: citer toy story3 adalah citer prtama yg bwat
aq ngalir air mata kt wayang , huh tah hape2! huhu

Wednesday, June 15, 2011

Memori Junkfood!


Rupa aq masa balek kedai kecik2 dulu haha!



Aq ingat lagi masa kecik2 dulu,junkfood ngan aq mmg xleh dipisahkan.Cam kanak2 yang laen,aq mmg sukakan benda manis2. Ais krim,Apollo,Keropok,Gula-gula memang semuanya aq bantai. Malah kalo bleh time tu aq x payah makan nasi pun xper, makan kropok pun dah boleh hidup. Time tu aq slalu terpikir kenapa orang dewasa cam parent aq yang bekerja banyak duit tapi x beli junkfood, x sedap ke? Kalau kat sekolah rendah dulu aq sanggup berlapar masa rehat asalkan masa balek nnti dapat singgah kedai runcit 'Impian Satu' dan beli segala macam junkfood yang aq nak sbb kat skolah xde jual,, Junkfood yang slalu aq beli kat kedai tu biasanya aiskrim pop, kropok Mamee,Super ring, sumi2, dan gula2.Kalau ada duet lbeh skit baru la bleh merasa aiskrim Paddle pop, Mat kool, Nini coklat celup, n gula2 Nano.Yang kelakarnya aq sanggup bwak basikal perlahan2 masa balek rumah supaya junkfood tu dapat dihabiskan sbelum sampai rumah,sbb takut nnti adek-bradek mintak,hahaha~! malah kalo x sempat habes jugak aq sanggup berhentikan basikal kat mana2 n makan sampai habes.hahaha kedekut btol aq time tu!

Macam biasa la mak bapak siapa kasi anak2 diorang makan junkfood.Dulu aq memang takut makan junkfood depan ayah aq,so kalau beli aq akan sorok dalam baju pastu jalan masuk bilik macam xde apa2. Pernah skali tu masa darjah 4 x silap aq memang kepingin sangat2 nak beli kapal terbang keping2 yang d'buat drpada polisterin tu. Harga benda tu 80 sen je,tp time tu aq mmg xde duet. So aq korek tabung ntok dapat duet tu,, aq korek senyap2 je takut ayah aq terdengar bunyi 'keching2' syiling tu. Lepas berjaya dapat duet tu senyap2 aq pergi kedai naek basikal. Pergh! gembira bkan kepalang lepas dapat beli mainan kapal terbang tuh! Masa sampai kat rumah aq gunakan teknik yang sama ntok sorok mainan tu iaitu letak dalam baju! Tapi...kantoi da,,,~ ayah aq tunggu aq depan ruang tamu...dia tanya aq beli apa tadi,terpaksa la keluarkan..hahaha! Dia cakap dia terdengar aq korek tabung tadi,tu yang boleh dia tau tu,,Tapi yang bestnya dia x marah pun,dia gosok2 kpala aq dan cakap kalo nak
duit mintak la kat dia, jangan2 korek2 tabung lagi, hahaha! Kan dah kantoi! Biasanya aq bwat teknik camni ntok sorok kropok, aiskrim,gula2 tak kantoi lak! uish2,,
Tapi tu smua dulu,,Masalahnya skarang kenapa aq dah x ada selera kat junkfood? Serius! kropok2 ,gula2 dan aiskrim smua tu aq dah x berminat..skarang kalau boring2 pun aq just mngidam nak makan bnda2 cam buah-buahan, ubi rebus,kekacang, krabu, n nasik2. Aq try gak beli kropok apa2 kalau lapar tapi aq langsung x dapat abeskan, makan baru segenggam dah bosan. Kalau beli aiskrim baru jilat skit2 pegang je sampai cair pastu buang. Iklan2 coklat Cadburry ke, Kinder bueno ke, Forever rocher ke, kropok Twisties ke, smua tu langsung x menggairahkan aq...bukan aq tak suka! aq tau benda2 tu sedap tapi tah la knapa cam dah xde feeling cam dulu dah,,kalau makan pun camtu2 je,dah x exited cam kecik2 dulu. Skarang junkfood yang paling2 aq suka pun air Coke ngan Potato Chips..knapa jadi camni ya? Aq still rindukan macam mana exitednya aq kat junkfood ni masa kecik2 dulu. Skrang kalo nampk junkfood aq just tersenyum sendirian je, teringatkan memori kecik2 dulu..

Saturday, May 7, 2011

Kisah nasi ayam



Nasi ayam memang digemari ramai rkyat malaysia. Tanya sapa-sapa pun, mesti diorang suka punyalah nasi ayam.Tapi bagi aq nasi ayam ni xde apa2 yg spesel sgt pun. Ianya cuma nasi yang berkuah sup,berlaukkan ayam dan dicecah dgn kicap dan sos. Tapi x dpt dinafikan jgk kadang-kadang aq pun mengidam jgk nasik ayam ni. Suatu petang tu lepas habis kelas entah knapa aq
mengidam sgt2 nasi ayam ni! Memang x tahan gile! So masa OTW nak balek ke kolej tu aq bgtau kwan aq suruh balek dulu sbb aq nak keluar jap pegi cari nasi ayam. Kawan aq kata x payah pegi jaoh2 sbb kat dalam Dewan Makan pun ada jual nasi ayam tu. Aq terus semangat gila bila dia bagitau cmtu.So kitorang pun gerak sama2 pegi tempat jual nasi ayam tu.Aq jalan laju gila masa tgh pegi tu sampai kawan aq pun tercungap2 kejar aq.Nak bwat camne aq dah memang kebulur gile nasi ayam time tu!.

Masa aq sampai kat Dewan Makan tu aq tgk gerai yang jual nasi ayam tu tak ramai, cuma ada dua tiga je.so aq makin brsemangat sbb x payah beratur pnjang2.Tanpa mmbuang masa aq terus masuk barisan tu sementara kwan aq pegi beli makanan laen.
Masa tiba giliran aq,aq tegas bgtau makcik tu yang aq NAK bahagian peha yang bnyak kulit dan aq bagitau makcik tu jugak yang aq TAKNAK bahagian dada.Makcik tu cam panas je bila aq bwat permintaan camtu. Disebabkan ayam yang tinggal ntok dipotong cuma tinggal bahagian dada jer,maknanya kalau aq nak bahagian peha makcik tu terpaksa la amek ayam yang still tak diusik yang tergantung-gantung tu.. makcik tu ckap kat aq balek''Amek jelah bahagian dada,rasa sama jer'' Tapi aq still berkeras,aq cakap la kt makcik tu yang aq x suka bahagian dada,nakjugak
bahagain peha! apa salahnya kalau makcik potong jer ayam yang baru tu.. Last2 masa aq tgh bebel2 tu makcik tu amek gak bahagian dada tu! dia potong2 dan trus masukkan dalam pinggan! Pergh! aq tersentak giler! Makcik tu cakap ''Nah,nasi ayam la jugak ni!'' Begang gila,sbb makcik tu langsung x bagi pilihan kat aq. Aq dah cakap aq x suka ayam bahagian dada tapi dia kasi jugak bahaggian dada kt aq cuma disebabkan dia nak abeskan stok yang tertinggal! Aq
x ada pilihan langsung! aq terpaksa gak bayar sbb dah x ada pelanggan lain lagi ntok aq pass'kan. Lagi pun makcik tu pun dah potong2 masukkan dalam pinggan. Dah la harga mahal! RM3.50 tapi ayam ciput saje! nasi pun smangkuk ciput jer! Tak sedap plak tu!

Selera makan aq langsung hilang lepas bayar.Aq makan skit2 jer tu pun x abes sbb begang sgt! Sumpah aq xkan pegi beli kat situ dah. Grr~!

Thursday, May 5, 2011

Ais Krim Gorang

Aiskrim goreng.Bunyinya menarik, aq selalu terbayangkan mcm mana rupanya,mungkin dia betul2 pegi goreng aiskrim Cornetto tu, sedap ke? Itulah yang selalu yang aq bayangkan bila sebut pasal aiskrim goreng ni.Suatu hari tu aq ngan kawan aq pegi la makan kat luar kampus,katanya dah bosan makan kt dalam dewan makan,aq ikut jer sbb aq sendiri pun mmg dah bosan makan kat dalam ni.Kitorang naek bas ntok pegi kt restoran tu, ntah apa yang sedap sgt kat restoran tu sampai kawan aq ni sanggup pegi jauh2 smata-mata ntok lunch jer~. Lepas makan tu aq ternmpak satu gerai kecik tepi jalan, dia tulis 'Aiskrim Goreng Special!' Ya! dah lama aq tercari2 aiskrim goreng ni, akhirnya jumpa jugak! Tanpa mmbuang masa aq terus lintas jalan ntok pegi kt gerai tu.Aq bagitau kt kawan aq supaya pergi tunggu dulu kat perhentian bas tu smentara aq nak beli aiskrim goreng tu. Kawan aq pun naik heran apsal aq nmpak exited sangat bila nmpak gerai tu. Gerai tu mmg simple, dia cuma ada tempat menggoreng dan beberapa kotak polestrin kat atas meja. Masa nak order tu akak tu suruh pilih nak perisa apa,dia ada perisa coklat,vanilla,strawberi dan keladi. Aq pilih la perisa coklat. Harganya satu 3ringgit,agak mahal jadi aq start mmbayangkan sesuatu yang luar biasa pada ramuannya.Masa akak tu geladah kotak polestrin tu aq ingatkan dia start nak membancuh ramuan aiskrim goreng tu tapi sangkaan aq meleset apabila dia cuma keluarkan aiskrim goreng tu dari paket sejukbeku segera dan terus menggorengnya.Maknanya dia cuma beli ais krim goreng tu kat mana2 pasaraya dan mnjualnya semula,bukannya dgn mmbuat sendiri. Rupa aiskrim goreng tu lebih kurang mcam kuih karipap cuma bentuknya bulat penuh, warnanya putih tapi jadi kuning keemasan lepas akak tu goreng dalam leboh kurang 30 saat camtu. Lepas dia angkat dia terus balut dgn tisu dan kasi kat aq. Aq yang terpinga2 terus tanya kat akak tu mana ais krimnya,kata akak tu ais krim tu ada kat dalam 'kuih' tu sebagai intinya jadi dia suruh makan cepat2 takut inti aiskrimnya cair.Lepas bayar aq terus pegi kat perhentian bas tmpat kawan aq tunggu aq. Dengan x sabarnya aq terus 'ngap' aiskrim goreng tu dan..~~~~urh..rupanya camni ais krim goreng..Ianya cuma gumpalan ais krim biasa yang dibalut dgn roti dan digoreng dalam beberapa saat supaya roti tu kelihatan kuning keemasan dan supaya aiskrim kat dalam tu x cair.Rasanya pun sebijik macam roti aiskrim yang selalu kita beli kat motor aiskrim tuh. Ini agak mengecewakan aq sbb harganya sgt mahal tapi tak berbaloi..Aq dapat mnghabiskan ais krim goreng tu dalam 1 mnit sahaja.Aq terfikir kt mana logiknya dia meletakkn harga 3ringgit ntok benda simple camtu, malah aq terpaksa mengeluarkan duit lagi ntok mmbeli sebotol air mineral sbb makanan tu membuatkan dalam mulut aq terasa likat dan dahaga,mungkin disebabkan kandungan ais krimnya yang memang likat dan berkrim.Aq tanya kawan aq memang beginikah rupa ais krim goreng dan kawan aq cuma tersenyum dan katanya memang la mcm ni,kat mana2 dia beli pun sama je..Masa sampai kt bilik aq tersenym sorang2,dalam hati aq brkata ''kreatif betul la pncipta ais krim goreng ni!'' tapi maaf ianya x mmbawa kepuasan kat aq.

The Beginning



srnok baca blog2 org ni
klau bosan aq slalu bkak blog
tp lama2 rasa jelez gila lak.
So mulai skrang aq lak nak menuleh blog
Sbenarnya aq dah lama pun pasang niat nak jadi blogger ni
klau perasan date aq create account blog ni sjak mei 2010!!
makna dah stahun kmudian bru la aq post something..
bkan apa, time tu klau bleh aq ingat nak ada kamera digital
sendiri bru la start nak bwat blog..tapi malangnya dah sampai
stahun kemudian pun aq x ada kamera jugak.. so apa yg aku bwat...
alah~! tulis jelah! kalo xde gambar dwnload sajalah kt google!
haha! kan senang!

Knapa nama dia The Chronicles of Nyet-nyet??!! err...
ntah la..masa nak bwat blog ni aq terpikir lak kasi nama dia apa
Nyet-nyet ni sbenarnya gelaran yang geng2 aq panggil masa aq
skolah menengah dulu. Haha cam bangang lak~
Tngk r cmna, kalo dpat komen yg negatif sgt aq tukar r..apa susah.