Thursday, May 5, 2011

Ais Krim Gorang

Aiskrim goreng.Bunyinya menarik, aq selalu terbayangkan mcm mana rupanya,mungkin dia betul2 pegi goreng aiskrim Cornetto tu, sedap ke? Itulah yang selalu yang aq bayangkan bila sebut pasal aiskrim goreng ni.Suatu hari tu aq ngan kawan aq pegi la makan kat luar kampus,katanya dah bosan makan kt dalam dewan makan,aq ikut jer sbb aq sendiri pun mmg dah bosan makan kat dalam ni.Kitorang naek bas ntok pegi kt restoran tu, ntah apa yang sedap sgt kat restoran tu sampai kawan aq ni sanggup pegi jauh2 smata-mata ntok lunch jer~. Lepas makan tu aq ternmpak satu gerai kecik tepi jalan, dia tulis 'Aiskrim Goreng Special!' Ya! dah lama aq tercari2 aiskrim goreng ni, akhirnya jumpa jugak! Tanpa mmbuang masa aq terus lintas jalan ntok pegi kt gerai tu.Aq bagitau kt kawan aq supaya pergi tunggu dulu kat perhentian bas tu smentara aq nak beli aiskrim goreng tu. Kawan aq pun naik heran apsal aq nmpak exited sangat bila nmpak gerai tu. Gerai tu mmg simple, dia cuma ada tempat menggoreng dan beberapa kotak polestrin kat atas meja. Masa nak order tu akak tu suruh pilih nak perisa apa,dia ada perisa coklat,vanilla,strawberi dan keladi. Aq pilih la perisa coklat. Harganya satu 3ringgit,agak mahal jadi aq start mmbayangkan sesuatu yang luar biasa pada ramuannya.Masa akak tu geladah kotak polestrin tu aq ingatkan dia start nak membancuh ramuan aiskrim goreng tu tapi sangkaan aq meleset apabila dia cuma keluarkan aiskrim goreng tu dari paket sejukbeku segera dan terus menggorengnya.Maknanya dia cuma beli ais krim goreng tu kat mana2 pasaraya dan mnjualnya semula,bukannya dgn mmbuat sendiri. Rupa aiskrim goreng tu lebih kurang mcam kuih karipap cuma bentuknya bulat penuh, warnanya putih tapi jadi kuning keemasan lepas akak tu goreng dalam leboh kurang 30 saat camtu. Lepas dia angkat dia terus balut dgn tisu dan kasi kat aq. Aq yang terpinga2 terus tanya kat akak tu mana ais krimnya,kata akak tu ais krim tu ada kat dalam 'kuih' tu sebagai intinya jadi dia suruh makan cepat2 takut inti aiskrimnya cair.Lepas bayar aq terus pegi kat perhentian bas tmpat kawan aq tunggu aq. Dengan x sabarnya aq terus 'ngap' aiskrim goreng tu dan..~~~~urh..rupanya camni ais krim goreng..Ianya cuma gumpalan ais krim biasa yang dibalut dgn roti dan digoreng dalam beberapa saat supaya roti tu kelihatan kuning keemasan dan supaya aiskrim kat dalam tu x cair.Rasanya pun sebijik macam roti aiskrim yang selalu kita beli kat motor aiskrim tuh. Ini agak mengecewakan aq sbb harganya sgt mahal tapi tak berbaloi..Aq dapat mnghabiskan ais krim goreng tu dalam 1 mnit sahaja.Aq terfikir kt mana logiknya dia meletakkn harga 3ringgit ntok benda simple camtu, malah aq terpaksa mengeluarkan duit lagi ntok mmbeli sebotol air mineral sbb makanan tu membuatkan dalam mulut aq terasa likat dan dahaga,mungkin disebabkan kandungan ais krimnya yang memang likat dan berkrim.Aq tanya kawan aq memang beginikah rupa ais krim goreng dan kawan aq cuma tersenyum dan katanya memang la mcm ni,kat mana2 dia beli pun sama je..Masa sampai kt bilik aq tersenym sorang2,dalam hati aq brkata ''kreatif betul la pncipta ais krim goreng ni!'' tapi maaf ianya x mmbawa kepuasan kat aq.

No comments:

Post a Comment